DOAKAN, JANGAN MENGATA


Pernah tak apabila kita tengok orang buat kesilapan, hati ni terdetik:

 'Ish dia ni berdosa betul la' 
'Tak tahu tu aurat, kenapa la pergi tunjuk'
'Bila la dia ni nak tutup aurat'
'Eh, tiba² je baik nak solat'

Dan banyak lagi yang biasa kita semua baca di media sosial. Tak lupa komen² negatif apabila ada berita yang kurang enak didengar mahupun dipandang. Komen² yang ibaratkan tukang komen dah pasti masuk syurga dan tiada dosa.

Ingatlah, kita semua manusia yang selalu melakukan kesilapan. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya. 

Jangan sampai hinaan dan kejian kita terhadap orang memakan diri sendiri. Tidak mustahil suatu masa nanti kita diuji seperti tersebut.

Doa itu senjata kita, apa salahnya kita doakan orang lain supaya pintu hati mereka terbuka untuk berubah. Lidah itu lebih tajam daripada pedang. Terlajak kata memang tak boleh diundur. 

Ayuh kita sama² muhasabah diri sendiri.

Sekian, Assalamualaikum.

5 comments:

Riyan Laiyan said...
This comment has been removed by the author.
Syadiya Khairul said...

setuju sangat :)

https://sayesyadiya.blogspot.com/

nabila said...

agree sangat2.sekarang sebaliknya ramai mengecam daripada mendoakan

Tangan Gebu said...

indeed! kata2 boleh jadi doa. berbaik sangka sesama manusia.

aishahnrdn said...

betul tu ! ! semoga hati kita sentiasa mendoakan kebaikan utuk orang lain .
https://sweetbitterjourney.blogspot.com/