JAWATAN KOSONG DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU

Image result for gif assalamualaikum

Lama sudah tak bersiaran dekat blog ni. Hari ni Wawa nak kongsi mengenai jawatan kosong di MAIDAM. Sesiapa sedang mencari kerja, bolehlah mohon jawatan kosong ni TETAPI semak dahulu syarat jawatan tersebut.

Notis Jawatan Kosong

Semak syarat jawatan kosong tersebut di web MAIDAM ๐Ÿ‘‰ SYARAT

Ada jawatan yang memenuhi kriteria? Mohon ๐Ÿ‘‰ MOHON
Kalau tak pernah login web tersebut, daftar dulu ๐Ÿ˜‰

Doakan Wawa diberi kerajinan untuk menulis di blog ni.
Byeeee


Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.



Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


DOAKAN, JANGAN MENGATA


Pernah tak apabila kita tengok orang buat kesilapan, hati ni terdetik:

 'Ish dia ni berdosa betul la' 
'Tak tahu tu aurat, kenapa la pergi tunjuk'
'Bila la dia ni nak tutup aurat'
'Eh, tiba² je baik nak solat'

Dan banyak lagi yang biasa kita semua baca di media sosial. Tak lupa komen² negatif apabila ada berita yang kurang enak didengar mahupun dipandang. Komen² yang ibaratkan tukang komen dah pasti masuk syurga dan tiada dosa.

Ingatlah, kita semua manusia yang selalu melakukan kesilapan. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya. 

Jangan sampai hinaan dan kejian kita terhadap orang memakan diri sendiri. Tidak mustahil suatu masa nanti kita diuji seperti tersebut.

Doa itu senjata kita, apa salahnya kita doakan orang lain supaya pintu hati mereka terbuka untuk berubah. Lidah itu lebih tajam daripada pedang. Terlajak kata memang tak boleh diundur. 

Ayuh kita sama² muhasabah diri sendiri.

Sekian, Assalamualaikum.