Kali Pertama Pergi Pesta Penang 2017


Image may contain: text

Baru-baru ni kawan Najwa ada ajak pergi Pesta Penang 2017. Jadi Najwa pun setuju la sebab tak pernah pergi lagi sejak duduk Penang ni 😅. Kawan-kawan cakap tiket tahun ni mahal dari tahun lepas, tiket naik RM2 sebab tahun lepas RM3 je. Dalam hati cakap, okey tak pe la kita tengok macam mana keadaannya. Bagi Najwa tak la teruk sangat sebab memang hiasan dia cantik 😍. 

Kami semua datang asing-asing sebab ada kawan yang duduk rumah sewa luar, jadi Najwa dengan kawan yang duduk asrama ni datang sekali. Dah sampai tapak pesta tu kami beli tiket dulu untuk semua orang sementara tunggu kawan yang tak sampai lagi. Pintu masuk pesta ni menghadap Kedai Jeruk Pak Ali je tau.

Mula-mula masuk tu benda pertama pergi ialah bahagian permainan. Banyak sangat permainan tapi agak mahal juga la token tu. Kawan Najwa 3 orang je yang main sebab yang lain sama macam Najwa tujuan datang tu nak cuci mata je. 2 orang pergi main Vortex yang pusing tu. Tak tahu ? Tengok gambar ihsan google bawah ni. Meremang bulu roma tengok diorang naik Vortex. Tudung salah sorang kawan Najwa sampai nak tercabut main permainan ni. Kami yang kat bawah ni penat gelak je bila dengar suara diorang menjerit.

Hasil carian imej untuk pesta penang 2017 vortex 

Hasil carian imej untuk pesta penang 2017 vortex


Lepas dah puas dekat bahagian permainan kami beralih pula ke bahagian gerai-gerai jualan. Banyak juga barang yang murah seperti blouse, bag, kasut, gajet dan lain-lain. Mula-mula nak cari bag murah tapi bila tengok balik kualiti macam tak berapa nak okey sangat. Jadinya cuci mata je la tengok barang-barang tu semua.

Kemudian kami pergi bahagian yang paling menarik dan istimewa untuk orang yang minat bergambar. Hiasa lampu-lampu memang cantik sangat. Kami semua macam WOW JOM AMBIL GAMBAR. Hahaha biasa la kan bila tengok benda cantik-cantik. Jom tengok sedikit gambar kami. Najwa kongsi sikit je la. Okey sampai sini dulu Najwa menulis. Jumpa lagi dalam entry akan datang.








6 comments:

cikyan said...

seronoknya.. teringin nak pegi !


https://nurazianjaafar.blogspot.my/

Abam Kie said...

masa abam kie pi thn lps malam tu hujan lebat. x selesa nak meronda2. tambahan pulak bawak anak2 kecik. kena berjaga2 sokmo takut mrka terlps dari pandangan...
www.zukidin.com

MUSLIMAH SEJATI said...

@Abam Kie Memang leceh la kalau hujan dengan anak kecik sbb susah nk jalan. Berjaga-jaga tu penting sbb pesta tu trlalu rmai org.

Farhana Jafri said...

wow cantiknya lampu2 tu! Untungla orang Penang

Galaksi Viral said...

Wowww....cantiknya pesta pulau pinang ini. Macam fun fair pun ada. Besttttt. :D

Mime MF said...

Last year ada pergi Pesta PP. I love that LED tunnel so much♥ Lawaaaa!