Homemade Cream Cheese by Wawa


Assalamualaikum

Pernah dengar cheese tart tak ? Alaa yang famous jugak tu sekarang. Hari tu Wawa ada la niat nak buat cheese tart tapi tak jumpa kedai yang jual cream cheese. Area rumah Wawa kurang sikit kedai alatan kek. Tambahan pulak masa tu tengah hujan lebat, tak boleh nak redah hujan tu. Kebetulan Wawa ada baca dekat satu blog ni pasal homemade cream cheese, tapi Wawa lupa blog siapa. Jadi kepada pemilik blog tu, Wawa mintak maaf ye.

Cara nak buat cream cheese ni senang je tau. Hanya menggunakan 3 bahan 😍. 

Bahan-bahan :
πŸ‘‰ 500 ml susu segar ( xkisah susu apa tapi Wawa guna Goodday )


πŸ‘‰ 1/2 cawan cuka makan
πŸ‘‰ kain kasa ( boleh guna tudung yang dah xguna tapi BERSIH )

p/s : kalau nak guna banyak cream cheese, tambahkan susu segar & cuka makan ikut keperluan

Cara-cara :

1. Masukkan susu segar dalam periuk & panaskan sampai baik buih-buih kecik kat tepi.


2. Lepas dah nampak buih-buih kecik tu, masukkan cuka makan. Kacau la sampai nampak berketul macam gambar kat bawah ni.


3. Tutup api dan biarkan sampai 5 minit.

4. Tadaaaa....



5. Kita guna kain kasa untuk ambik cream cheese tu. Kita nak yang berketul je tau.


6. Siapppp...boleh simpan dalam peti & ambik bila nak guna.



No comments: