Jangan Bersedih...Senyumlah

Assalamualaikum & salam sejahtera

Malam ni tergerak hati nak tulis entry mengenai " Jangan bersedih ". Sekarang student degree pasti ada yang tengah dan dah dapat pun result final sem kan ?  Wawa juga tak terkecuali sebenarnya. Cuma nak bagi semangat dan nasihat untuk diri sendiri dan semua pembaca. 


Sekarang ada kemungkinan kita dapat dua keputusan. Pertama kita dapat keputusan yang cemerlang manakala yang kedua result yang kurang cemerlang. 

1. Result cemerlang

Jangan terlalu bangga dengan keputusan yang kita dapat dan jangan terlalu menunjuk. Paling penting kita jangan merendahkan rakan-rakan yang dapat result yang kurang cemerlang. Kita tak tahu cemerlang tu sama ada usaha kita mahupun Allah nak uji kita. Apabila dah cemerlang tu usaha lah untuk kekalkan keputusan yang cemerlang. Tolong rakan-rakan. Jangan terlalu riak sebab sekejap je kalau Allah nak tarik.

2. Result Kurang Cemerlang

Jika kita dapat result yang macam ni, jangan terlalu bersedih. Anggap itu sebagai cabaran. Jadikan kegagalan tu sebagai pembakar semangat kita untuk terus berusaha. Hiraukan orang yang merendahkan kita. Sudah la tu sedih. Cuba senyum :) Haaa kan comel .

Wawa nak ucapkan selamat berjaya buat anda semua. Selamat malam .

4 comments:

My New Blogger said...

selamat berjaya...
insya Allah boleh terus cuba lagi...tingkatkan usaha!

N.K Ashadi said...

boleh cuba lagi next semester.. :D you can do it!

Azlinda said...

betul tu..tok sah bersedih. Apa-apa pun kene terima dan redha !

anakdenesor said...

tak mo sedayy huhu