Review Reinkarnasi by Faiz Ibrahim

Assalamualaikum & salam sejahtera semua ..

Hari ni Wawa nak review buku Reinkarnasi by Faiz Ibrahim. Sebelum tu Wawa nak cerita sikit pasal Faiz ni. Wawa mula kenal Faiz ni masa join channel TFI dekat telegram. Overall, Faiz ni orang yang kelakar la dan memang menulis dari hati. Wawa boleh rasa benda tu. Wawa join banyak channel dekat telegram tapi rasanya channel TFI je okey. Lepas tu la Wawa rasa berminat nak beli buku Faiz ni. Faiz ada 2 buah buku iaitu Reinkarnasi dan Rehabilitasi. 

Setakat ni Wawa dah khatam buku Reinkarnasi. Ambik masa juga nak habiskan sebab kena duduk sorang-sorang supaya ada feel masa baca tu. Betul kata Faiz , "baca dengan kata dan ditambah dengan emosi, baru ada rasa".

 
Gambar ni ambik dari Pak Cik Google sebab malas nak snap.
Okey. Perghhh smart giler cover buku ni. Jarang cover macam ni. Tapi Faiz Ibrahim lagi smart. Hahaha. Ini bukan ayat bodek okey....  Sebelum buka buku ni, ingatkan ayat berjela-jela macam novel tapi bila buka tu, wahhhhh simple je. Bagus la sebab ad orang tak suka baca benda panjang-panjang.

Kalau korang nak tahu, Reinkarnasi ni ada 2 bahagian, bahagian pertama mengandungi Puisi manakala bahagian kedua pula Catatan Peribadi. 

Jujurnya banyak kandungan Reinkarnasi ni yang berkait dengan hidup Wawa. Memang terasa la sebab pernah lalui benda tu. Fuhhh feeling habis masa baca buku ni. Kadang-kadang Faiz ni buat lawak jugak dalam buku ni. Jarang penulis buat lawak dalam penulisan mereka kecuali TFI ni haaa. 

Kalau korang ambik pengajaran daripada buku Reinkarnasi ni, confirm korang tak akan rasa sia-sia beli buku ni. Memang berbaloi la. Faiz tulis buku ni untuk membangkitkan semula mereka yang jatuh. Semua orang pernah jatuh dan ada yang mempu untuk bangun dan ada juga yang tak mampu nak bangun. Jadi yang tak mampu untuk bangun tu bolehlah beli buku Reinkarnasi ni. Semoga berguna untuk anda. :)

Sekarang mungkin dah ramai yang memiliki Reinkarnasi dan Rehabilitasi. Bagi korang yang tak tahu nak beli kat mana tu boleh la beli di :
  1. MPH BOOKSTORE
  2. POPULAR BOOKSTORE
  3. KINOKUNYA
  4. BORDERS
  5. SYARIKAT MUDA OSMAN (SMO)
  6. BADAN CEMERLANG
Online whatsapp/telegram 010-8787821...instagram boleh ke @TheBookuHQ
Wawa whatsapp TheBookuHQ je sebab jarang keluar rumah. Jangan risau layanan diorang memang terbaik la :)
Next time Wawa akan review Rehabilitasi plak. Tata korang 

4 comments:

anakdenesor said...

kite da siap bce lame da..rehabilitasi buku kedua die da bce ke?hehe

MUSLIMAH SEJATI said...

@anak denesor hehe wawa baru ad masa baca sebab sekarang cuti sem...rehabilitasi otw baca

She Is Farahain said...

ain tak pi beli lagi .hehhee.

Wanie Seuk said...

bstt ke?? nak carik laaa... thanks kongsikannn... anyway nak jmput awak singgah blog saya. cuci mata tngok kain sngkt sarawakk... ahahhahaha murah je.. RM28... thansk kalau sudi singgah