Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi 2014/2015

Assalamualaikum

Hari ni kalau scroll fb penuh dengan status mengenai result matrikulasi. Yela siapa tak berdebar kan result final exam yang membolehkan student matrik sambung degree. Tak terkecuali jugak Najwa pun student matrik. Bukan main berdebar lagi nak semak keputusan. Huhuhu. Okey...bagi yang tak tahu cara nak semak boleh semak guna online ataupun sms. Setakat ni sms je la yang cepat. 

Cara nak semak :

1. Semakan online di WEB KPM . Masukkan no matrik + 6 digit terakhir no kad pengenalan

result Najwa 

2. Guna sms : MOE MAK <no ic> hantar ke 15888

Kalau rasa malas nak semak guna 2 kaedah kat atas ni korang tunggu la slip exam sampai kat umah tapi lambat lagi la. 

Najwa nak share la result Najwa sepanjang di matrikulasi untuk bagi junior2 semangat. 
UPS 1 : 2.91
PSPM 1 : 3.75
UPS 2 : 3.45
PSPM 2 : 3.82
PNGK : 3.78

Di kesempatan ini Najwa nak ucap tahniah la kepada semua student matrik di Malaysia ni. Tahniah untuk yang berjaya dapat keputusan yang di idamkan & jangan bersedih bagi yang tak dapat result yang korang nak. Jangan lupa berterima kasih pada parent & semua lecturer yang ajar kita serta orang yang kita kenal secara langsung ataupun tidak langsung. Mana tau disebabkan doa mereka kita berjaya. Semoga dapat masuk universiti. Jangan berhenti berbuat baik kepada semua orang. 

2 comments:

Anonymous said...

Corak result kita lebih kurang..anyway,tahniah yaa..(:
#exkmpk

Unknown said...

Tahniah dear cousin,nty aku balik jgn lupe blnja ..hehe