#Cabaran20Hari : Menu wajib bulan puasa

Assalamualaikum

Menu wajib Wawa kalau buka puasa kat rumah ialah nasi ayam, nasi minyak & nasi lemak. Kami akan masak salah satu daripada menu ni bila semua family berkumpul untuk berbuka sama2. Tahun ni kami masak nasi ayam. Kalau menu wajib masa puasa kat matrik dulu nasi kukus ayam berempah. Perghhh sedap sangat2. Sebulan Wawa makan menu sama kat sana, sampai pak cik tu kenal Wawa. Air kat matrik plak Wawa beli air laici kang. Semua tu Wawa tak pernah makan dan minum sebelum masuk matrik. Roommate kesayangan yang ajar semua ni. 

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTKS5SYvjNiB_CyKgQsRBUOaGWjNIPcRvHMxuD5dCXmoz-K8raw 
Laici kang *pinjam google punya

Stress ??

Assalamualaikum & salam sejahtera


Malam ni Wawa nak buat entry pasal stress. Ya semua org pernah rasa stress kan ? Punca-punca stress ni ad banyak. Bagi student kebanyakannya stress dengan assignment, quiz dan yang seangkatan dengannya. Para ibu bapa pula kemungkinan stress dengan kos sara hidup. Tidak lupa juga anak-anak yang minta itu minta ini. Kita semua pasti pernah dengar mahupun baca bahawa mencegah itu lebih baik daripada merawat. Begitu juga dengan stress ini. Kita boleh cegah dengan banyak cara. Jangan jadi macam gambar kat bawah ni ye.



Cara yang Wawa guna untuk release stress biasanya Wawa akan stop buat sesuatu kerja tu. Jalan-jalan dalam bilik, borak dengan roommate, dengar lagu, main game, jalan-jalan dekat koridor dan banyak lagi ( masa dekat matrik ). Tak lupa juga dengan call paremts. Borak la dengan diorang. Mesti korang cakap tak tahu nak borak apa kan? Tanyalah tengah buat apa ? Dah makan belum ? Cukup lah borak sekejap. Nak borak lama pun bagus. Kerapkan call parents tau. Jangan lupa juga ambil wuduk dan solat untuk tenangkan diri. Allah itu Maha Mengetahui. Berdoalah kepada Yang Maha Esa. Allah selalu mendengar. Mengadulah pada Dia. Wawa nak share doa ye



#Cabaran20Hari : Resepi hidangan sahur paling ringkas


Assalamualaikum

Majoriti akan bersahur. Resepi sahur itu pula bergantung kepada diri masing-masing. Ada yang tak makan nasi masa sahur dan sebaliknya. Keluarga Wawa memang makan nasi masa sahur. Wawa kalau bab makanan tak memilih kecuali makanan yang Wawa tak makan la. Kalau masak telur dadar dan ayam goreng pun Wawa makan. Hehehe...  Resepi paling ringkas ialah ayam masak merah. Biasanya Wawa akan goreng dulu ayam tu. Lepas tu baru la masak merah ayam tu. 
Panaskan minyak --> lada & bawang yang telah dikisar --> kicap & sos cili --> masukkan ayam yang telah digoreng... Siapppp... Hidang je la kan... Lepas tu nyum3... Kalau air tu biasa minum teh susu & air kosong.

#Cabaran20Hari


RAYA GIVEAWAY BY RAFYDAHOUSE


http://rafydahouse.blogspot.com/2015/06/raya-giveaway-by-rafydahouse.html 

tag

GA RAYA 2015 Blog Jaket Biru




Hadiah Utama
1 pemenang PENGINAPAN PERCUMA 1 MALAM DI BAYOU LAGOON RESORT MELAKA
( Tarikh penginapan pemenang sendiri tentukan dan hanya penginapan bilik sahaja ditaja )
Hadiah ke - 2
Duit Raya RM 50.00
( diberi secara topap handset atau bankin )
Hadiah ke - 3
Duit Raya RM 20.00
( diberi secara topap handset  atau bankin )


Tag
1 | 2 | 3

#Cabaran20Hari : Pengalaman sahur

Assalamualaikum

Setiap kali puasa kita semua pasti akan bersahur. Banyak juga pengalaman sahur Wawa sepanjang 19 tahun hidup di muka bumi ini. 

Pengalaman sahur di asrama penuh

Wawa pernah duduk asrama penuh selama 3 tahun. Sahur kat asrama ni kira okey sebab mak cik dewan makan dah siap masak. Kami perlu turun sahaja. Masa ni la bebas sikit berpakaian. Kami sekolah agama jadi dewan makan tidak bercampur dengan lelaki. Pelbagai ragam yang boleh dilihat. Ada yang muka mengantuk la. Biasa la kena beratur panjang kalau bangun lambat. Wawa biasa turun 1 bilik. Kami bangun awal sebab tak nak berebut. Sepanjang bersahur tu wajib mak cik dewan makan masak lauk ayam. Memang best la. Air plak air susu tepung untuk bagi tenaga. Bilik Wawa la yang biasa tekan loceng dewan makan untuk kejutkan budak-budak aspuri.

Pengalaman sahur di rumah

Sahur kat rumah memang best la. Mana tak best kan kalau makan masakan emak tersayang. Setakat ini keluarga Wawa tak pernah lagi tak sahur ataupun tak terkejut semua tu. Alhamdulillah la. Peristiwa yang paling Wawa tak boleh lupa bila ada 1 tahun tu Wawa tergigit lada dalam telur dadar. Wawa memang jenis tak boleh makan pedas. Sampai menangis plak tu. Mak bagi la Wawa makan kurma untuk hilangkan pedas tu. Mula-mula Wawa ingatkan sayur, rupa-rupanya lada hijau. Malu pun ada juga bila abang ipar tengok pelik sebab Wawa nangis semata-mata gigit lada. Dia masa tu kali pertama bersahur sebab baru kawin dengan kakak.

Pengalaman sahur di matrikulasi

Wawa pelajar matrik untuk batch 14/15. Sahur kat matrik macam tak teratur masa tu. Masa batch Wawa cafe tak buka masa sahur tapi batch sekarang dah buka. Kami kalau nak sahur kena beli makanan pukul 12 malam macam tu tapi Wawa dengan roommates tak pernah beli pun. Masa ni perut tiba-tiba boleh sesuaikan dengan situasi. Wawa sahur dengan biskut atau roti dan air kosong je masa sahur. Alhamdulillah boleh bertahan untuk gerak ke sana ke mari untuk pergi kelas,

Tahun ini Wawa bersahur dekat rumah lagi. Tahun depan dah sambung degree dan akan dapat pengalaman bersahur di universiti.

#cabaran20hari

#Cabaran20Hari : Apa erti puasa bagi anda

Assalamualaikum

Sejak kecil-kecil dulu lagi kita dah belajar kat sekolah maksud puasa. Dari sudut bahasa bermaksud " menahan diri". Sudut istilah pula bermakna " menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari". Jangan lupa plak niat ye. 

Bulan Ramadhan ni ramai yang bercita-cita nak kuruskan badan dan tak kurang juga yang nak gandakan amalan yang baik di bulan yang mulia ini. Selain itu, kita semua kena ingat juga, kuruskan juga nafsu, dosa dan segala kerabatnya. Bulan ini la kita nak didik diri kita ke arah kebaikan. Dulu kalau bukan bulan Ramadhan kita salahkan syaitan goda untuk buat maksiat/kejahatan. Sekarang kalau kita masih buat semua tu bermakna selama ni kita la syaitan dalam diri sendiri. Marilah kita semua muhasabah. Berdoa agar ditetapkan iman kerana iman ni boleh turun dan naik.

Para perokok tegar boleh ambil kesempatan pada bulan ini untuk berlatih berhenti merokok. Jangan bazirkan duit untuk benda yang tidak berfaedah itu. Para ibu bapa juga ada yang melatih anak-anak mereka berpuasa setidak-tidaknya separuh hari pada permulaan. Semoga Ramadhan kali ini bermakna untuk kita semua. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang.

#cabaran20hari

Perkongsian Cara Belajar di Matrikulasi ( Pengalaman )

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni Wawa nak kongsi cara Wawa belajar kat matrik selama 1 tahun tapi sebenarnya hanya 10 bulan tolak cuti semua2 tu. Memang sebelum masuk matrik, ada la saudara2 terdekat yang cakap matrik ni susah, nanti dapat kos lelong & lain2 la. Semuanya pandangan negatif diorang pada matrik. Wawa dulu masuk matrik sebab nak tunggu result ipg. Dapat UITM dalam kos sains matematik tapi Wawa tolak. Masa tu hati memang fully nak pergi matrik. Bila result ipg keluar, Wawa tak dapat. Wawa sebenarnya bersyukur sebab tak dapat. Mesti korang pelik kan..... Hati Wawa dah mula bertaut kat matrik tu haaa... Bagi korang yang dapat matrik @ mana2 tempat belajar, korang masuk la dulu belajar kat situ. Jangan dengar sangat cakap2 orang. Kadang2 Wawa rasa pandangan diorang pada matrik tak betul pun. Tak ada la stress sampai gila. Wawa bersyukur sebab boleh go on dengan matric life.

Berbuka puasa dgn classmates KMPh

Sekarang kita tumpukan pda cara Wawa belajar kat matrik. Setiap orang cara belajarnya lain. Wawa jenis suka belajar dalam suasana yang senyap sebab otak Wawa tak boleh nak cerna kalau bising2. Roommates Wawa yang 3 orang lagi tu suka belajar sambil dengar music. Perkongsian ini melalui pengalaman Wawa la... Kalau ada yang match dengan korang boleh la kalau nak ikut.Wawa akui mula2 masuk matrik memang serabut dengan assingment, quiz, tutorial & test. Penat, stress semua ada la. Mcm yang korang rasa la. Tapi bila dah lama kat matrik, Wawa dah boleh sesuaikan diri dengan semua tu. Kalau time study week tu Wawa rasa bosan sangat.

Pagi2 Wawa akan breakfast dulu sekejap. Kalau rasa nak makan kat cafe, Wawa akan turun pukul 7.30 pagi. Habis je makan terus pergi kelas @ kuliah. Memang jenis Wawa suka pergi awal. Wawa la orang yang pertama sampai dalam kuliah mahupun tutorial. Pukul 1-2 tu rehat kan. Wawa makan & naik bilik untuk Solat Zohor. Rehat2 sekejap sambil borak dengan roommate kesayangan. 1.45 petang Wawa dah bergegas pergi kelas seterusnya. Pukul 5 ptg habis je kelas Wawa terus pergi cafe untuk bungkus makan malam. Naik bilik terus letak beg semua2 tu. Duduk sekejap then mandi. Solat Asar & seterusnya borak dengan roommate. Wawa kadang2 je kuar petang2. Biasa Wawa pergi padang tengok kawan2 main. Malam plak Wawa akan siapkan tutorial & assignment. Siapkan mana yang nak kena submit dulu. Nasihat Wawa, kalau boleh jangan meniru kawan punya. Percayalah, korang akan rasa lost gila sebab tak tahu apa2. 

Masa mentor mentee 

Dalam kuliah Wawa biasanya akan duduk baris ke 5@6 bahagian tepi. Tempat tu senang nak keluar masuk..hehehe... jangan duduk belakang sangat masa kuliah tau. Nanti korang tak dengar apa yang lecturer cakap kat depan sebab borak dengan geng. Masa kuliah ni la kita kena focus. Lecturer tu akan explain dari A-Z. Jangan anggap " tak pe lah, tutorial kan ada". Majoriti cakap mcm tu. Hakikatnya kalau kita tak tahu apa2 masa tutorial, lecturer akan cakap " apa yang korang belajar dalam kuliah ?". Nampak tak kat situ betapa pentingnya kuliah. Mengantuk tu biasa la. Usaha la sikit untuk hilangkan mengantuk tu. Suruh kawan picitkan @ makan gula2 @ minum air. Kita mengantuk sebab otak kurang oksigen. Jadi bawak la air kemana-mana sahaja kita pergi. Kurangkan minuman manis & bergas. 

Tasik KMPh

Wawa rasa setakat ni je dulu yang Wawa boleh share dengan korang. Kalau ada apa2 nak tanya boleh la pm Wawa dekat facebook. Boleh cari facebook Wawa dekat dalam blog ni. Sebelah kanan. Selamat berpuasa semua. Tata... :)


Raya Giveaway by Erza


CLICK BANNER TO JOIN


1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet

3. Buat satu entri bertajuk "Raya Giveaway by Erza"


4. Tinggalkan URL entri korang di SINI

5. Siap dan good luck friends!!!




5 langkah mudah sahaja !!!


Hadiah - hadiah yang bakal dimenangi:-
1 x dress raya
2 x RM10 duit raya
10 x voucher Magic Art Museum 3D

Jom Laaaa Join...ajak kengkawan ramai2!!!

Segmen "ALL ABOUT THE SONGS" by BAJUWARNACOKLAT


http://bajuwarnacoklat.blogspot.com/2015/05/segmen-all-about-songs-by.html 

tamat
10 julai 2015

...................................................................................................

Sekarang Wawa nak jwb soalan-soalan yang diberikan.. huhu...excited 

....................................................................................................

1. Lagu yang membuatkan uollss teringat masa zaman-zaman sekolah duluuu. Yang ada memori bila mana uollss dengar jee mesti ada teringat kawan-kawan masa sekolah tu dan semua benda nakal benda baik yang uollss buat masa tu. Kalau uollss tengah sekolah skrg ni, apa lagu yang paling uollss akan kenang bila dah tamat persekolahan nanti?

 Lagu Kenangan Terindah. Dulu pindah sekolah secara mengejut & ada la sorang kwn ni mmg marah bila tahu Wawa nk pindah. Dia siap ckp " Saya jamin awk akn dtg sini balik ". Apa yg sedih sekarang Allah lebih sayangkan dia. Al-fatihah. Banyak kenangan yang tercipta kat sekolah tu.

2. Lagu yang bila uollss dengar mesti teringat masa patah hati duluuu. Dan betapa suweyyynyaa pada ketika itu. Kalau tak pernah patah hati, sakit hati. Hahaaa. Pernah tak? Mana tahu kecewa sbb Mak taknak belikan jajan ke.

 Dulu prnah la kenal dgn budak Sarawak & tercouple la. Alaa masa jahil2 dulu. Dia pernah nyanyi lagu Di Saat Aku Mencintaimu. Haha perghh lagu dia. Org Sarawak kan biasnya pronounce melayu dia lain sikit. Wawa ingat lagi dia nyanyi dgn penuh perasaan part Aku Inginkan Dirimu , Datang Dan Temui Aku , Kan Ku Katakan Padamu , Aku Sangat Mencintai Dirimu . Dia siap ajak kawin & bersedia nk msuk Islam. Dengan dia jgk Wawa bljr Bahasa Iban. Then lama jgk xcontact. Dia ckp xsmpai hati nk bgtau yg bapak dia suruh kawin dgn anak kawan bapak dia. Dia xnak tapi terpaksa ikut. Dia kawin & bercerai xlama dripada tu. Last message lepas dia bercerai, dia ckp dia xnak bg saya apa2 harapan. Dia takut pisang berbuah 2 kali. Hari tu ad la stalk fb dia, mmg terkejut tgk ramai tulis R.I.P. Bila tanya sedara dia, dia rupanya meninggal tahun 2014 sbb excident. Mmg terkilan sbb Wawa tahu 2015, masa duduk matrik Wawa xbukak fb. ~~~panjang la pulak~~

3. Lagu yang boleh buat uollss bangkit dan move on! 

Lagu Gemuruh..fuhhh bila dengar mmg gemuruh arr.. haha..kalau xpercaya korang dgr lagu tu sambil hayati maksud dia.

4. Lagu yang buat uollss teringat kat mak/ayah kalau dengar ni. Boleh meleleh-leleh air mata lagi-lagi kalau duduk asramaa tu.

Dulu masa duk asrama akan nangis bila dgr lagu Untukmu Ayah. Wlaupun lagu tu mention ayah, automatik akan ingt jgk ibu. Klau dgr mmg air mata tu kuar tiba2 je...

5. Lagu yang mengisahkan pasal kehidupan uollss sekarang, apa yg uollss rasa dan alami. 

Wawa dpt habiskan Matrik selama 1 tahun. Lagu yg berkait dgn apa yg Wawa rasa ialah lagu Titian Kejayaan. Nak berjaya memerlukan doa ibu bapa. :)

6. Lagu yang uollss nak sangat nyanyi kat someone. Macam laki sendiri ke, kawan baik ke or sesapa lah. Crush pon bisaa dong. Hahahh

Wah part ni bahaya jgk...haha untuk crush yg dah xberapa nak crush (dia dh thu kita crush dia)  xtau nak nyanyi lagu apa. Maybe lagu muara hati sbb dia pernah buat parodi lagu ni. Untuk kawan baik Wawa nak nyanyi lagu Sahabat. Harap2 crush xbaca :P

7. Lagu yang kau nak nyanyi kat aku. Hehewww. Ada tak? Mohon ada lah mana tahu ada sesapa nak nyanyikan lagu What Makes You Beautiful by One D ke kat gue. Nombor tujuh ni kalau takde takpe. Nak jawab lagi bagusss. Hehe. Jangan nyanyi lagu Lelaki by Yuna dahlah. Gue bukan lelaki tak gunaaaa.

Kalau xboleh nyanyi lagu Lelaki, Wawa nak nyanyikan lagu Perempuan la...amacam ?? Haha... lagu tu boleh claim dgn Abg Google & Youtube. Wawa dh suruh diorang nyanyi kan...

Saya Nak Kad Raya Dari EJULZ!!!


http://2.bp.blogspot.com/-Wzm0J1jkdm4/UfQGL4eg2FI/AAAAAAAAGX4/5eJsjaaDVY0/s1600/Header%2B28%2Bjulai%2B20132.png 

tamat
5 julai 2015

Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi 2014/2015

Assalamualaikum

Hari ni kalau scroll fb penuh dengan status mengenai result matrikulasi. Yela siapa tak berdebar kan result final exam yang membolehkan student matrik sambung degree. Tak terkecuali jugak Najwa pun student matrik. Bukan main berdebar lagi nak semak keputusan. Huhuhu. Okey...bagi yang tak tahu cara nak semak boleh semak guna online ataupun sms. Setakat ni sms je la yang cepat. 

Cara nak semak :

1. Semakan online di WEB KPM . Masukkan no matrik + 6 digit terakhir no kad pengenalan

result Najwa 

2. Guna sms : MOE MAK <no ic> hantar ke 15888

Kalau rasa malas nak semak guna 2 kaedah kat atas ni korang tunggu la slip exam sampai kat umah tapi lambat lagi la. 

Najwa nak share la result Najwa sepanjang di matrikulasi untuk bagi junior2 semangat. 
UPS 1 : 2.91
PSPM 1 : 3.75
UPS 2 : 3.45
PSPM 2 : 3.82
PNGK : 3.78

Di kesempatan ini Najwa nak ucap tahniah la kepada semua student matrik di Malaysia ni. Tahniah untuk yang berjaya dapat keputusan yang di idamkan & jangan bersedih bagi yang tak dapat result yang korang nak. Jangan lupa berterima kasih pada parent & semua lecturer yang ajar kita serta orang yang kita kenal secara langsung ataupun tidak langsung. Mana tau disebabkan doa mereka kita berjaya. Semoga dapat masuk universiti. Jangan berhenti berbuat baik kepada semua orang. 

Giveaway Duit Raya Dari BBL


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Siapa cakap bila dah besar mesti tak dapat duit raya? Sempena bulan Syawal bakal datang BBL dengan rasa gembira nak bagi duit raya kepada blogger bertuah. Cepat beratur submit entri ya. Boleh belanja diri sendiri makan aiskrim pasu.

Hadiah duit raya

Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang

Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway  Duit Raya Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 Julai 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 Julai 2015 nanti

BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum

Sekejap je masa berlalu kan ? Hari ni 1st day kita semua puasa. Banyakkan amalan sunat & jgn buat benda2 yang boleh mmbatalkan puasa. Bulan Ramadhan inilah bulan tarbiah kita. Dlm masa 1 bulan ni la kita cuba untuk berubah ke arah kebaikan. Semoga puasa tahun ini lebih baik dripada puasa sebelum ini. Semoga kita semua diberi kekuatan & ketetapan iman. Aminnn

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN 

Giveaway bersama Wayne Harraz



tamat 
30 jun 2015

Giveaway NOWSEEHEART - KATAKAN by AziziElias


http://azizielias.blogspot.com/2015/06/giveaway-nowseeheart-katakan-by.html 

tamat
29 jun 2015

Raya Giveaway by Sally Samsaiman


http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/06/raya-giveaway-by-sally-samsaiman.html 
 
tamat
3 julai 2015

GIVEAWAY KAD RAYA 2015 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

http://kathyrbain.blogspot.com/2015/06/ga-kad-raya-2015-by-kathyrbain-cikakak.html


Detail segmen:-

Mula: 18 Jun 2015
Tamat: 28 Jun 2015

Hadiah:

1. 1 keping kad raya by Kathy R'bain dan Cik Akak x 10

2. 1 keping kad raya by Cik Akak x 10




∵∴∷ Klik banner  untuk melihat syarat penyertaan ∵∴∷



♥♡ segmen di jaya dan di taja oleh Kathy R'bain & Cik Akak ♥♡